Oh… nampaknye web log ni dah mula cenderung kepada trik-trik menarik yang ade dalam internet. Hahaha.. tak kisah la.. yang penting kite hapdate aje.. ade pengisian, ok, jalan~
Ok.. entry kali ni saya anggap sebagai sambungan dari entry sebelum ni yang tunjuk pasal trik-trik yang kita boleh buat kat Google Search Engine. Kali ni ada satu lagi trik, yang sebenarnya sangat bersesuaian dengan musim sejuk yang sedang sebahagian dunia alami sekarang. Termasuk la Jordan ni.
Caranya, macam biasa, pergi ke main page Google.
Taipkan “let it snow”, dan tekan search.
Tadaaaa~

Salji akan mula turun dan menyebabkan page anda beku!
Tak boleh klik apa-apa pun! Anda cuma boleh gilap skrin anda dengan cursor untuk melihat paparan. Sama seperti anda menggilap cermin yang tercondensed.
Tapi selepas beberapa minit, “search” button akan brtukar menjadi button “Defrost” dan sila klik button tersebut untuk kembali menyambung kerja anda.
Errr… Maaf sebab sengaja buang masa anda beberapa minit untuk bermain T_T
Sila sambung wat assignment yang bertimbun-timbun tu….
Bye~




December 19th, 2011
ultramuddin
Posted in
Tags: 



yaka aisa?
x penah try lg..mau try la hehe
sila2.. haha